PETALING JAYA – “10 tolak 3 berapa? Kau nangis kenapa? Ambil jari kau buat 10, tolak 3 tinggal berapa? Tengok buku tu dan kira, tengok muka aku ni ada jawapan ke?”
Demikian ragam ibu bapa ketika mengajar anak-anak mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang sekolah ditutup akibat jerebu.
Menerusi perkongsian pengguna Threads dikenali sebagai Arifjaimie, dialog seorang ibu ketika mengajar anaknya itu jelas kedengaran olehnya sebagai jiran.
Katanya, situasi itu ada kalanya seperti dia sendiri yang sedang berada dalam sesi pembelajaran bersama-sama kanak-kanak terbabit.









