Kuala Lumpur: Situasi jerebu negara tidak memperlihatkan sebarang perubahan apabila 27 lokaliti seluruh negara merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat, sehingga jam 4.15 petang tadi.

Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang, Johor kekal merekodkan bacaan tertinggi iaitu 181, diikuti Klang dan Johan Setia, Selangor, masing-masing di tahap 179 serta 178.

Bacaan IPU di Nilai, Negeri Sembilan dan Larkin, Johor masing-masing pada 177, diikuti Bukit Rambai, Melaka (176); Cheras, Kuala Lumpur dan Pengerang, Johor (171); Putrajaya, Bandaraya Melaka dan Kota Tinggi, Johor (168); Port Dickson, Negeri Sembilan (167); Shah Alam, Selangor (165); serta Banting, Selangor (164).