KUALA LUMPUR: Malaysia dan China bersetuju memperkukuh kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang khusus bagi membanteras ancaman jenayah rentas sempadan, pengedaran dadah serta penipuan telekomunikasi dan siber yang semakin kompleks.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata persetujuan itu dicapai menerusi pertemuan dua hala bersama Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong, di Beijing, China.

Ahmad Zahid berkata, pertemuan berkenaan adalah kesinambungan daripada beberapa siri perbincangan sebelum ini yang mencerminkan hubungan erat serta komitmen bersama kedua-dua negara.

"Antara hasil penting pertemuan ini ialah persetujuan untuk mempertingkat perkongsian risikan, memperkukuh keupayaan agensi penguatkuasaan serta memperluas tindakan bersama dalam membanteras rangkaian jenayah yang beroperasi merentasi sempadan negara.