Pasir Gudang: Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran tapak pelupusan sampah di Jalan Muhibbah, Kampung Pasir Putih, di sini, selepas kawasan itu terbakar malam tadi.
Walaupun usaha memadamkan kebakaran dijalankan selama beberapa jam sejak semalam, api semakin marak dan merebak ke kawasan penyimpanan gentian yang menempatkan susunan bongkah pelampung setinggi tiga meter.
Kebakaran di tapak pelupusan sampah berkenaan dipercayai bermula 10.04 malam.
Sepasukan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang serta BBP Johor Jaya dikejarkan ke lokasi dalam operasi yang masih berlangsung ketika ini.








