PASIR GUDANG: Anggota bomba dan penyelamat terpaksa mengepam air laut bagi membantu mereka memadamkan kebakaran tapak pelupusan sampah di Jalan Muhibbah, Kampung Pasir Putih di sini, selepas kawasan itu terbakar malam tadi.

Meskipun usaha memadamkan kebakaran dijalankan selama beberapa jam sejak semalam, api marak dan merebak ke kawasan penyimpanan gentian berhampiran yang menempatkan susunan bongkah pelampung setinggi tiga meter.

Kebakaran besar di sebuah tapak pelupusan sampah di Jalan Muhibbah, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor Bahru, tular di media sosial sejak malam tadi, dengan api masih marak hingga awal pagi ini.

Berita penuh: https://t.co/wUiXzShoKE https://t.co/5e4mxGoanj