Kuala Lumpur: Sesi penerangan Majlis Perkhidmatan Parlimen di Dewan Rakyat, di sini, hari ini kecoh selepas Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah mengenai isu peruntukan.
Kekecohan bermula selepas Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) meminta supaya isu peruntukan diuruskan oleh Parlimen.
"Parlimen uruskan Ahli Parlimen, bukan Perdana Menteri masih campur tangan seperti yang berlaku sekarang. Perdana Menteri tidak boleh kacau lagi, Speaker jadi boss.
"Kami tidak dapat peruntukan Yang Berhormat. Akta baharu ini membolehkan Ahli Parlimen mendapat peruntukan yang sama…apa yang nak disebut di sini, pembangkang tidak dapat apa-apa, cuma klaim dan sebagai," katanya.









