KUALA LUMPUR: Pengkomersialan produk BioKenaf hasil penyelidikan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menjana nilai jualan melebihi RM50 juta dan mewujudkan lebih 50 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata pencapaian itu membuktikan hasil penyelidikan universiti mampu diterjemahkan kepada peluang ekonomi dan memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

Katanya, kejayaan itu turut menunjukkan potensi besar pembangunan komoditi tempatan melalui penyelidikan, penggunaan teknologi dan kerjasama strategik antara universiti dan pihak industri.

"Pencapaian ini menunjukkan bagaimana hasil penyelidikan universiti dapat membuka peluang ekonomi kepada masyarakat," katanya ketika merasmikan Karnival Industri Asas Tani 2026 (AGX'26) di UMK Kampus Jeli di sini, hari ini.