BELANJAWAN 2027 membuka ruang untuk menilai semula peranan komuniti alumni dalam pembangunan pendidikan tinggi negara.

Persoalan itu adalah sampai bila alumni hanya menjadi penerima manfaat universiti, sedangkan berupaya menjadi penyumbang kemajuan institusi pernah mendidik mereka?

Belanjawan 2027 menggariskan peruntukan RM19.1 bilion kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), meningkat RM500 juta berbanding tahun sebelumnya.

Ini termasuk RM800 juta untuk menaik taraf kemudahan universiti dan kolej kediaman, sekali gus membentuk persekitaran pembelajaran selamat, selesa dan dilengkapi teknologi yang menjadi asas pembentukan pelajar berkualiti.