KUCHING: Pengendali Kitchee SC, Inigo Calderon, enggan menuding jari terhadap kesilapan individu selepas pasukannya seri 1-1 dengan Kuching City FC dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha Ariffin, malam ini.
Sebaliknya, pengendali dari Sepanyol itu memuji semangat juang anak buahnya yang bangkit selepas ketinggalan seawal minit kedua untuk membawa pulang satu mata.
Calderon berkata, kesilapan adalah sebahagian daripada bola sepak dan beliau lebih mengutamakan usaha serta tindak balas pemain ketika berdepan situasi sukar.
Keputusan seri itu turut menyaksikan beliau tidak dapat meraikan hari lahirnya dengan kemenangan, namun tetap berbangga dengan komitmen yang dipamerkan pasukan.








