KLASIK tidak semestinya kelihatan sarat, manakala kemewahan tidak perlu dipamerkan secara berlebihan, sebaliknya gabungan elemen yang tepat mampu mencipta kediaman 'anggun,' selesa dan kekal menawan sepanjang zaman.
Itulah konsep yang diterapkan ahli perniagaan, Nurul Aimi Mohammad Kamil, 39, dalam menghias kediamannya di Kota Bharu, Kelantan, menerusi sentuhan moden klasik yang menggabungkan keanggunan gaya Eropah dengan kesederhanaan moden.
Menerusi kos kira-kira RM680,000 merangkumi pembinaan rumah dan dekorasi, setiap sudut kediaman yang siap dibina pada Januari 2026 itu dirancang dengan teliti, daripada pemilihan warna neutral, perincian panel dinding hinggalah penggunaan chandelier dan perabot tempahan khas.








