PASIR MAS – Agensi penguatkuasaan perlu memperkukuh kerjasama bagi memastikan kawalan sempadan Kelantan lebih menyeluruh, terutama dalam membendung kegiatan rentas sempadan melalui laluan tidak sah.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Rantau Panjang Siti Khadijah Hamzah berkata antara cabaran utama yang dihadapi agensi penguatkuasaan di negeri ini ialah kemunculan laluan baharu selepas pangkalan haram sedia ada ditutup.

“Walaupun banyak pangkalan haram sudah digempur, masih ada laluan baharu yang boleh diwujudkan … kegiatan rentas sempadan turut menunjukkan perubahan apabila pergerakan mula beralih ke laluan laut,” katanya kepad