Kuala Lumpur: Kecintaan terhadap bahasa Melayu tidak pernah dibatasi bangsa atau keturunan, sebaliknya menjadi jambatan yang menyatukan masyarakat berbilang kaum menerusi keindahan bahasa, pemikiran dan nilai kemanusiaan.

Prinsip itu menjadi pegangan mahasiswa berbangsa India, G Sivaneswarran, 23, yang memilih Kesusasteraan Melayu sebagai bidang pengajian di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), demi mendalami bahasa kebangsaan yang dicintainya sejak kecil.

Anak kelahiran Melaka itu berkata, minatnya terhadap bahasa Melayu bermula daripada bapanya, M Gunasegaran, yang fasih bertutur dalam bahasa berkenaan.

Menurutnya, bapanya juga menjadi individu penting dalam menyemai kecintaannya terhadap bahasa Melayu.