SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat kemungkinan lelaki yang dikaitkan dengan amalan atau ritual agama bukan Islam turut melibatkan kumpulan lain dalam kegiatan berkenaan.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin berkata, siasatan awal mendapati perbuatan itu setakat ini lebih menjurus kepada kepercayaan individu berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya masih belum dapat memastikan sama ada kegiatan itu turut mempengaruhi masyarakat atau membabitkan kumpulan lain.
“Buat masa ini, ia melibatkan kepercayaan diri sendiri. Sejauh mana merebak kepada masyarakat,










