SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat kemungkinan seorang lelaki berusia 21 tahun yang dikaitkan dengan ritual agama bukan Islam turut membabitkan kumpulan lain dalam kegiatan berkenaan.Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin berkata, siasatan awal mendapati kegiatan itu setakat ini lebih menjurus kepada kepercayaan individu terbabit.Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan sama ada kegiatan itu turut mempengaruhi masyarakat atau membabitkan kumpulan lain."Buat masa ini ia melibatkan kepercayaan diri sendiri, namun sejauh mana merebak kepada masyarakat, kita belum dapat kenal pasti," katanya ketika ditemui pada Sabtu.Beliau menjelaskan, JAIS turut menyiasat beberapa hantaran berkaitan ritual yang didakwa dilakukan di Batu Caves serta amalan dikaitkan dengan agama Hindu, Buddha dan agama lain.Beliau berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang kesimpulan sehingga siasatan selesai bagi memastikan setiap tindakan dibuat berdasarkan fakta dan bukti yang sahih."Kita tidak boleh menjatuhkan hukum selagi siasatan belum lengkap. Kita perlu berlaku adil dan melaksanakan tanggungjawab mengikut lunas undang-undang serta peraturan," jelas beliau.Salehuddin berkata, kesahihan bahan bukti turut menjadi keutamaan termasuk kemungkinan kandungan berkenaan disunting atau dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).Ujar beliau, kepakaran teknikal akan digunakan bagi menentukan ketulenan bahan berkenaan sebelum sebarang pertuduhan diputuskan."Masyarakat kena faham apabila hendak mengambil tindakan di mahkamah, kita kena pastikan semua keterangan itu benar."Kadang-kadang kita tahu, boleh jadi superimpose atau AI dan ini kita tidak tahu, mungkin dari segi mata kasar boleh menentukan ia satu kebenaran, tetapi kita tidak boleh membuat keputusan begitu sahaja," tambah beliau.Jelas beliau, kebenaran itu boleh ditentukan oleh mereka yang pakar bagi menentukan sama ada bahan itu benar, tulen, sudah disunting atau dihasilkan menggunakan AI.Mengulas dakwaan lelaki itu melakukan perbuatan itu untuk mendapatkan pendapatan, Salehuddin berkata, perkara itu masih belum dapat dipastikan dan bergantung kepada hasil siasatan.Beliau menegaskan, sebarang penentuan mengenai status agama individu terbabit tidak boleh dibuat secara terburu-buru tanpa siasatan menyeluruh dan nasihat pihak berautoriti."Kita tidak mahu terus membuat kesimpulan terlalu cepat tanpa menyelesaikan siasatan terhadap sesuatu tindakan," katanya.Dalam perkembangan sama, Salehuddin berkata, lelaki itu dan ibunya yang berusia 52 tahun dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan mereka direkodkan.Bagaimanapun, katanya, kedua-dua mereka boleh dipanggil semula sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan lanjut."Keputusan seterusnya akan dibuat selepas keterangan individu lain yang berkaitan direkodkan sebelum perkara itu dirujuk kepada Ketua Pendakwa Syarie untuk tindakan selanjutnya," jelas beliau.Sinar Harian pada Selasa lalu
JAIS siasat ritual bukan Islam libatkan kumpulan lain

Key takeaways
JAIS menyiasat ritual agama bukan Islam yang melibatkan individu dan kumpulan lain.
- JAIS sedang menyiasat kemungkinan seorang lelaki berusia 21 tahun terlibat dalam ritual agama bukan Islam.
- Siasatan awal mendapati aktiviti itu lebih berkaitan dengan kepercayaan individu terbabit.
- JAIS akan mengambil tindakan berdasarkan fakta dan bukti yang sahih selepas siasatan selesai.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Jais siasat hantaran tular individu Islam lakukan ritual agama lain
- Sinar Harian JAIS siasat ritual bukan Islam libatkan kumpulan lain (this story)







