Ketua penerangan PBB, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tempoh untuk mengadakan PRN kini semakin singkat dan SPR perlu mengambil kira faktor takwim perayaan sebelum menetapkan tarikh pengundian. (Gambar Bernama)KUCHING: PRN Sarawak berkemungkinan besar diadakan pada Disember ini sebelum mandat DUN berakhir pada Februari tahun depan, kata Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau yang juga menteri pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan Sarawak berkata walaupun Premier Sarawak Abang Johari Openg belum mengumumkan tarikh pembubaran DUN, Disember ini menandakan genap lima tahun sejak PRN terakhir diadakan pada 18 Dis 2021.
Mengikut peruntukan undang-undang, PRN wajib diadakan dalam tempoh 60 hari sebaik sahaja DUN dibubarkan.







