PORT DICKSON: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang mengkaji semula kadar elaun Angkatan Sukarela yang masih rendah bagi menggalakkan lebih ramai anggota pasukan simpanan itu menyertai latihan.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata, kadar elaun Angkatan Sukarela yang kali terakhir dinaikkan empat tahun lalu perlu disemak semula kerana masih rendah mengikut keadaan semasa.
Katanya, Angkatan Sukarela berperanan sebagai sumber tenaga tambahan bagi memperkukuh kekuatan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.
“Angkatan Sukarela ini kita perlukan sebagai salah satu sumber untuk memperkukuh kekuatan anggota tentera tetap, bukan sahaja Tentera Darat, tetapi juga Tentera Laut dan Tentera Udara.








