REMBAU: Pelumba Malaysia Pro Cycling (MPC), Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil mempunyai peluang terbaik untuk memburu podium pada Peringkat 7 Le Tour de Langkawi 2026 (LTdL26) yang berlangsung dari Melaka ke Batu Pahat, hari ini.
Lebih istimewa, Batu Pahat merupakan tempat kelahiran Izzat Hilmi sekali gus memberi motivasi tambahan buat pelumba berusia itu untuk mencatat keputusan terbaik di hadapan penyokong sendiri.
Prinsipal MPC, Sayuti Zahit berkata, pasukan kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada Izzat untuk menghadapi Peringkat 7 selepas prestasi yang ditampilkan sebelum ini membuka ruang untuknya memburu kelompok tiga terbaik.
“Untuk Peringkat 7, Batu Pahat itu kampung dia. Jadi buat masa ini kita suruh dia fokus dan cuba beri yang terbaik pada peringkat itu kerana dia sendiri yakin dengan peluangnya.








