BATU PAHAT: Tinggal satu peluang terakhir buat Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil untuk merealisasikan impian menaiki podium Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 selepas pelumba Malaysia Pro Cycling (MPC) itu terlepas peluang di laman sendiri, hari ini.
Anak kelahiran Batu Pahat itu menamatkan Peringkat 7 sejauh 158.9 kilometer (km) dari Melaka ke Batu Pahat di tempat ke-16 keseluruhan, sekali gus muncul pelumba terbaik Malaysia.
Izzat berkata, perlumbaan berlangsung dalam tempo pantas apabila beberapa pelumba melakukan serangan sejak awal sebelum empat pelumba berjaya membentuk kelompok 'breakaway'.
"Mereka hampir dikejar, tetapi terus mengekalkan momentum dan berjaya bertahan sehingga ke penghujung perlumbaan.








