LAZIMNYA, sisa makanan seperti kulit pisang, hampas kelapa, kulit udang atau kulit bawang terus dibuang di dalam tong sampah.
Bagaimanapun, menerusi inovasi seorang Pensyarah Kanan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dari Pusat Kajian Pembudayaan STEM, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fathiyah Mohd Kamaruzaman, sisa makanan ini digunakan semula, sekali gus dapat mengelakkan pembaziran.
Dikenali sebagai Kit Ekonomi Kitaran (EK), Dr Fathiyah memaklumkan penghasilannya diinspirasikan hasil kajian penyelidikan salah seorang graduan doktor falsafah di bawah seliaannya, Norzaharah Ab Hamid berkait pendidikan ekonomi kitaran pada tahun 2022.
Kit ini juga adalah kolaborasi idea bersama rakan penyelidik dan guru sekolah.






