Nagoya: Lin Yu-ting dari Taiwan meraih pingat emas tinju Sukan Asia malam tadi, dua tahun selepas terbabit dalam kontroversi kelayakan jantina pada Sukan Olimpik.
Yu-ting menewaskan Yang Chengyu dari China 5-0 pada final 60 kilogram wanita untuk meraih emas Sukan Asia keduanya selepas menjuarai kategori 57kg tiga tahun lalu.
Yu-ting memberitahu AFP sebelum temasya itu bahawa dia pernah mempertimbangkan untuk bersara selepas memenangi emas pada Sukan Olimpik Paris 2024, namun memilih untuk terus bertinju bagi membuktikan kepada mereka yang mempersoalkan kelayakannya.
Selepas kemenangan di Nagoya, Yu-ting berkata dia sudah "menunggu detik apabila cahaya menembusi kegelapan".
"Ia benar-benar bukan sesuatu yang mudah.








