NAGOYA: Lin Yu-ting dari Taiwan meraih pingat emas tinju Sukan Asia malam tadi, dua tahun selepas terbabit dalam kontroversi kelayakan jantina pada Sukan Olimpik.

Kejayaan itu membantu China mengukuhkan pungutan pingat emasnya kepada 162, manakala Jepun berada di tempat kedua dengan 71 emas.

Sukan Asia yang dicemari masalah pengurusan di Aichi-Nagoya itu akan melabuhkan tirainya esok.

Yu-ting menewaskan Yang Chengyu dari China 5-0 pada final 60 kilogram wanita untuk meraih emas Sukan Asia keduanya selepas menjuarai kategori 57kg tiga tahun lalu.

Yu-ting memberitahu AFP sebelum temasya itu bahawa dia pernah mempertimbangkan untuk bersara selepas memenangi emas pada Sukan Olimpik Paris 2024, namun memilih untuk terus bertinju bagi membuktikan kepada mereka yang mempersoalkan kelayakannya.