Belo Horizonte, Brazil: Seorang lelaki berusia 49 tahun dari Brazil sanggup menjual semua harta bendanya dan mengembara sejauh 1,931 kilometer demi bertemu wanita yang dipercayai bakal menjadi isterinya.
Namun, impian Edimar Martins musnah apabila mendapati wanita itu hanyalah watak rekaan yang dijana kecerdasan buatan (AI) seperti yang dilaporkan NDTV. Martins, seorang buruh binaan dari negeri Maranhao di timur laut Brazil memberitahu penyiar tempatan TV Mirante bahawa dia mula menemui akaun media sosial milik seorang wanita bernama Jessica Oliveira pada 2020.
Akaun yang dilaporkan mempunyai lebih 300,000 pengikut itu memaparkan video kehidupan wanita berkenaan di sebuah ladang selain erta mengajak lelaki berpindah ke sana dengan menjanjikan tempat tinggal dan sokongan kewangan.









