Batu Pahat: Seorang guru tuisyen lelaki direman tujuh hari selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan yang juga anak muridnya di sebuah pusat tuisyen.
Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman terhadap suspek berusia 32 tahun bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Berdasarkan laporan, polis menerima maklumat daripada ibu salah seorang mangsa mendakwa anak perempuannya berusia enam tahun diperlakukan sedemikian oleh suspek.
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku Rabu lalu, antara jam 7 malam hingga 8 malam di sebuah pusat tuisyen di Taman Bukit Perdana ketika mangsa mengikuti kelas diajar suspek.









