GOMBAK – Kira-kira 1.4 juta penumpang disasar menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) setahun bermula 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, sasaran itu melibatkan anggaran kadar pengisian penumpang sebanyak 60 peratus pada peringkat awal operasi.

Katanya, jumlah keseluruhan tempat duduk yang dirancang untuk disediakan bagi perkhidmatan berkenaan sepanjang tahun hadapan pula adalah sekitar 2.2 juta.

“Sebanyak 16 perjalanan sehari akan disediakan dari Jumaat hingga Ahad melibatkan lapan perjalanan bagi setiap arah, manakala 12 perjalanan sehari dari Isnin hingga Khamis dengan enam perjalanan bagi setiap arah.