SAINT-DENIS: Michael Olise sekali lagi menjaringkan gol menarik, namun Perancis sekadar seri 1-1 menentang Itali awal pagi tadi dalam aksi pertama Zinedine Zidane di laman sendiri selepas dilantik sebagai pengendali Les Bleus.

Empat hari selepas masuk sebagai pemain gantian untuk menghasilkan jaringan solo menakjubkan ketika membantu Perancis menewaskan Belgium 1-0, bintang Bayern Munich itu sekali lagi mempamerkan bakat luar biasa apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma padu di awal babak kedua.

Bagaimanapun, pertahanan Inter Milan, Alessandro Bastoni, menyamakan kedudukan pada pertengahan babak kedua sekali gus menghalang Zidane daripada mencatat tiga kemenangan daripada tiga perlawanan pertamanya bersama Perancis.