Istanbul: Pihak berkuasa Arab Saudi pada Isnin memaklumkan bahawa keadaan berbahaya telah berlalu di ibu negara Riyadh dan Wilayah Al-Kharj susulan amaran awal yang dikeluarkan bagi kedua-dua kawasan itu, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan menerusi platform media sosial X, Pertahanan Awam Arab Saudi menggesa penduduk supaya mematuhi arahan rasmi serta "mengelakkan daripada berkumpul dan merakam video."
Pengumuman itu menyusuli amaran terdahulu yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi "memberi amaran tentang bahaya" di kedua-dua kawasan berkenaan.
Amaran itu dikeluarkan ketika permusuhan antara Arab Saudi dengan Kumpulan Houthi di Yaman semakin memuncak, termasuk serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan negara itu.








