GPS kini memiliki 80 daripada 82 DUN Sarawak manakala dua lagi kerusi iaitu Padungan dan Pending diwakili DAP.PETALING JAYA: Pengundi Cina dijangka menjadi penghalang kepada hasrat Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyapu bersih semua 82 kerusi DUN pada PRN akan datang, kata penganalisis.
James Chin daripada Universiti Tasmania berkata, pengundi Cina di kawasan bandar tidak mahu GPS menguasai semua kerusi, sebaliknya dijangka memastikan DAP mengekalkan sekurang-kurangnya dua kerusi.
“Pengundi Cina tidak suka idea memberi GPS 100% kerusi. Berdasarkan pemerhatian saya, mereka pasti akan memastikan DAP memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi. Jadi, sapu bersih adalah mustahil,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Parti Bumi Kenyalang (PBK) merayu orang ramai menyekat kemenangan ‘sapu bersih’ GPS, dengan Presiden, Voon Lee Shan, memberi amaran penguasaan mutlak boleh mewujudkan kerajaan yang bertindak seperti ‘diktator’.








