KUALA LUMPUR: Pergerakan pengunjung ke Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Air Gulf Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang disifatkan lebih teratur pagi ini berbanding semalam, terutama membabitkan barisan dan perkhidmatan bas perantara.
Tinjauan di media sosial mendapati beberapa pengguna memuji tindakan marshal dan pengawal keselamatan yang memastikan penonton beratur serta menghalang cubaan memotong barisan.
Seorang pengguna Therads @woshidakache berkata, beliau mula beratur pada jam 7.33 pagi dan situasi di lokasi disifatkan lebih baik dan rakannya turut memaklumkan keadaan hari ini jauh berbeza berbanding semalam.
@1093.fics menulis: "Sejujurnya baguslah, akhirnya orang beratur dengan betul. Pengawal keselamatan marah mereka yang cuba potong barisan."










