KUALA LUMPUR: Apex Securities Bhd melihat peluang pengembangan selanjutnya bagi 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd di pasaran yang masih kurang diterokai, selain pertumbuhan jualan kedai sedia ada.

Firma pembrokeran saham itu berkata, 99 Speed Mart mengendalikan 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026, meningkat daripada 2,024 cawangan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Pengurusan pengendali pasar mini itu menyasarkan pembukaan 250 cawangan baharu setiap tahun, dengan matlamat mencapai 4,250 cawangan menjelang 2030.

Apex Securities berkata, rangkaian operasinya masih tertumpu di Lembah Klang, dengan Selangor mencatatkan 854 daripada keseluruhan 3,032 cawangan pada akhir 2025, diikuti Johor sebanyak 443 cawangan.