mohdsyazwan@hmetro.com.my

Jakarta: Keupayaan tonggak Harimau Malaya Arif Aiman Hanapi melepasi kawalan pemain Indonesia yang beraksi di Eropah ternyata menarik perhatian, namun pemain sayap Harimau Malaya itu memilih untuk tidak bercakap besar mengenai kelebihannya.

Ketika ditanya mengenai kemampuannya mengatasi pemain yang mempunyai pengalaman beraksi di Eropah, termasuk tonggak Indonesia, Arif hanya tersenyum sebelum memberikan jawapan ringkas.

"Saya tak nak cakaplah, korang boleh nampak kan. Okey?" katanya.

Jawapan itu seakan menggambarkan pendirian Arif yang mahu aksinya di atas padang menjadi ukuran, selepas kelincahan dan keberaniannya mencabar pertahanan Indonesia menjadi antara perkara yang mencuri perhatian dalam pertemuan kedua-dua pasukan.