Bangkok: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Thai Airways, Chai Eamsiri dipecat oleh lembaga pengarah syarikat itu susulan pengurusan krisis yang huru-hara ketika banjir besar melanda Bangkok minggu lalu, katanya kepada pemberita pada Jumaat.
"Mereka tidak memberikan sebarang alasan," kata Chai kepada pemberita selepas lembaga pengarah syarikat penerbangan itu mengadakan mesyuarat pada Jumaat.
"Mereka mahu melihat sama ada terdapat kelemahan atau kesilapan dalam kerja yang dijalankan."
Thai Airways dalam makluman kepada bursa saham lewat Jumaat memaklumkan Chai digantung tugas sementara menunggu siasatan bagi mendapatkan fakta serta kajian semula terhadap prosedur pengurusan krisis syarikat.
Pengarah Sumrid Sumneing dilantik sebagai pemangku CEO sepanjang tempoh berkenaan.








