Sydney: Sembilan individu cedera selepas sebuah kenderaan merempuh orang ramai di utara bandar ini pada Sabtu sekali gus mencetuskan tindak balas kecemasan berskala besar.
Polis berkata, perkhidmatan kecemasan dipanggil kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan selepas sebuah kenderaan merempuh orang ramai di Newcastle, kira-kira 110 kilometer di utara bandar ini.
The Daily Telegraph melaporkan bahawa sembilan individu cedera termasuk dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal, dua cedera parah dan lima lagi cedera ringan.
Mangsa yang kritikal membabitkan seorang bayi perempuan yang mengalami henti jantung dan seorang lelaki yang mengalami patah kaki di beberapa bahagian, menurut laporan akhbar berkenaan.






