RIYADH: Pasukan Arab Saudi pada Selasa berkata mereka memintas peluru berpandu balistik Houthi yang menyasarkan ibu negara kerajaan itu, selepas pihak berkuasa mengeluarkan amaran bahaya dan wartawan AFP melaporkan terdengar letupan.

Kerajaan itu memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh militia Houthi ke arah Riyadh, kata Turki Al-Maliki, jurucakap gabungan tentera pimpinan Arab Saudi yang menyokong kerajaan Yaman dalam perang menentang Houthi.

Dua letupan menggegarkan Riyadh, menurut wartawan AFP di ibu negara itu.

“Amaran dikeluarkan menerusi Platform Amaran Awal Kebangsaan di Bandar Riyadh bagi memberi amaran mengenai kemungkinan bahaya,” menurut kenyataan pertahanan awam Arab Saudi di platform X.