Seremban: Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar dan Undang Yang Empat yang dipertikaikan serta Tunku Besar Tampin mendakwa krisis takhta dan adat di Negeri Sembilan telah selesai serta tidak wajar dipolemik atau dipolitikkan selepas Proklamasi ditandatangani Menteri Besar Datuk Ismail Lasim pada 3 Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, mereka menegaskan bahawa dakwaan isu berkenaan belum selesai adalah tidak tepat dan menggesa pihak terbabit menghormati pentadbiran kerajaan negeri yang telah diberikan mandat besar oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 1 Ogos lalu.

"Kami menegaskan bahawa isu adat dan takhta Negeri Sembilan telah pun selesai dengan sempurna apabila Proklamasi Penurunan Takhta Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir di bawah Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.