SEREMBAN: Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar bersama Undang Yang Empat yang dipertikaikan, serta Tunku Besar Tampin mendakwa krisis takhta dan adat Negeri Sembilan selesai serta tidak wajar dipolemik atau dipolitikkan selepas Proklamasi ditandatangani Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim pada 3 Ogos lalu.

Melalui satu kenyataan bersama hari ini, mereka menegaskan dakwaan isu berkenaan belum selesai tidak tepat dan menggesa pihak terbabit menghormati pentadbiran kerajaan negeri yang diberikan mandat besar oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 1 Ogos lalu.

"Kami menegaskan bahawa isu adat dan takhta Negeri Sembilan telah pun selesai dengan sempurna apabila Proklamasi Penurunan Takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di bawah Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.