RIYADH: Cristiano Ronaldo terus berdepan minggu sukar selepas gagal menyempurnakan penalti ketika menentang Neom dalam Liga Pro Saudi, awal pagi tadi.
Legenda Portugal itu sebelum ini secara rasmi dikenakan denda dan digantung oleh Portugal susulan tindakannya memberontak ketika tempoh rehat antarabangsa dan kembali beraksi bersama gergasi Arab Saudi, Al-Nassr, dalam perlawanan menentang Neom.
Ronaldo, 41, mengetuai jentera serangan skuad kendalian Ange Postecoglou, yang turut menampilkan bekas bintang Liga Perdana Inggeris seperti Sadio Mane dan Joao Felix.
Kedudukan kekal 0-0 pada separuh masa pertama, tetapi beberapa minit selepas rehat, tuan rumah diberikan sepakan penalti.









