Projek pelebaran KLK melibatkan penambahan satu lorong setiap hala yang akan memberi keselesaan kepada pengguna.KUALA LUMPUR: Kesesakan berjam-jam terutama pada hujung minggu dan musim perayaan, bukan perkara asing bagi pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), antara laluan utama menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Timur.
Peningkatan jumlah kenderaan, pergerakan kenderaan berat yang lebih perlahan serta kemalangan atau kerosakan kenderaan sering menyebabkan aliran trafik di laluan berkenaan terganggu.
Bagi menangani masalah itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyelia projek pelebaran KLK dan pembinaan Terowong Ketiga Genting Sempah oleh syarikat konsesi AFA Prime Bhd.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAimanNurSuriasadeasd_554751.png&w=480&output=webp&q=85&we)