KUALA LUMPUR: Empat kawasan di Johor dan Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sri Aman di Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 152, diikuti Pasir Gudang, Johor (151).
Dua kawasan lagi ialah IPD Serian, Sarawak (126) dan Larkin, Johor (121).
Sementara itu, 61 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan berada pada tahap baik iaitu Taiping, Perak (44) dan Temerloh, Pahang (42).






