GIFU: Penyerang veteran hoki negara, Faizal Saari mengakui India berada pada kelas tersendiri selepas Malaysia dibelasah 5-1 oleh pasukan itu pada final Sukan Asia Aichi-Nagoya, di sini, hari ini.
Harmanpreet Singh membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-11 di Stadium Gifu Prefectural Green, namun Shello Silverius menyamakan kedudukan menerusi permainan terbuka hanya tiga minit kemudian.
Bagaimanapun, India terus menguasai permainan selepas itu apabila Jugraj Singh menjaringkan gol pada minit ke-23 menerusi pukulan sudut penalti, diikuti Hardik Singh pada minit ke-42 juga melalui pukulan penalti, Shilanand Lakra pada minit ke-54 sebelum Harmanpreet menyempurnakan satu lagi pukulan sudut penalti pada minit ke-57 untuk memastikan kemenangan pasukannya.








