KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,530 permohonan kewarganegaraan di Sabah masih menunggu keputusan, berbanding hanya 41 permohonan yang direkodkan selesai diluluskan bagi tempoh 2025 hingga 15 September 2026.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tempoh berkenaan.
“Jumlah permohonan kewarganegaraan yang tertunggak dan diluluskan di Negeri Sabah, rekod JPN menunjukkan bahwa bagi tempoh tahun 2025 hingga 15 September 2026, sebanyak 41 permohonan kewarganegaraan telah diluluskan, manakala 4,530 permohonan masih dalam proses pertimbangan.
“Manakala, bagi pendaftaran kelahiran lewat di Negeri Sabah dalam tempoh yang sama, sebanyak 3,573 permohonan telah diluluskan, manakala 732 permohonan masih dalam proses,” katanya dalam jawapan bertulis hari ini.








