MACHANG: Pemandu treler didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan, memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang wanita dan memiliki bahan disyaki ketum.
Bagaimanapun tertuduh Wan Baderun Shah Wan Said, 48, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memandu lori secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Nur Hidayah Mat Yaacob, 27, di Kilometer 4.7 Jalan Machang-Tanah Merah, pada jam 2.25 pagi, 19 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda hingga RM50,000.








