KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa semua pihak supaya tidak terlalu ghairah menuntut dana atau hasil daripada Petronas ketika syarikat itu berdepan ketidaktentuan berhubung sektor minyak dan gas Sarawak serta risiko gangguan bekalan tenaga di Selat Hormuz.Beliau berkata, tuntutan terhadap Petronas perlu dibuat secara berhemat kerana syarikat minyak dan gas nasional itu masih diperlukan untuk membiayai pelaburan besar, menjamin bekalan bahan api dan melindungi keselamatan tenaga negara."Ditambah pula dengan kemelut perjanjian gas dengan Sarawak, yang mana kita belum tahu kesudahannya bagaimana," katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.Petronas dan kerajaan Sarawak telah memfailkan petisyen berasingan di Mahkamah Persekutuan berhubung keabsahan serta pemakaian undang-undang negeri dan Persekutuan berkaitan minyak dan gas.Isu itu mempunyai kesan besar terhadap masa depan Petronas kerana Sarawak memiliki lebih 60 peratus rizab gas Malaysia.Petronas berkata, ia memerlukan penjelasan undang-undang mengenai kerangka kawal selia bagi operasinya di Sarawak, manakala kerajaan negeri mencabar pemakaian beberapa undang-undang petroleum Persekutuan.Wan Ahmad Fayhsal berkata, dalam keadaan isu tersebut belum mempunyai penyelesaian muktamad, semua pihak harus mengelakkan tindakan yang boleh melemahkan kedudukan kewangan Petronas."Saya ingin sentuh benar-benar soal keselamatan tenaga, kedaulatan tenaga kita. Petronas sekali lagi menjadi ayam tambatan," katanya.Beliau berkata, Petronas bukan sekadar syarikat yang menyumbang hasil kepada kerajaan, sebaliknya aset strategik yang menjadi sandaran negara ketika berdepan krisis."Sebelum ini saya kata angsa bertelur emas. Tetapi yang pastinya dalam bahasa Melayu, Petronas adalah ayam tambatan," katanya.Wan Ahmad Fayhsal turut mengingatkan kerajaan supaya tidak terlalu bergantung kepada dividen Petronas untuk menampung belanjawan negara."Pada ketika ini, kerajaan sedang menggasak Petronas untuk menampung belanjawan."Bukan kita tak boleh, boleh. Tetapi kita kena ingat Petronas perlu simpan untuk masa-masa mendatang, khususnya pelaburan dalam perkara-perkara melibatkan minyak dan gas yang begitu padat modal," katanya.Belanjawan 2027 mengunjurkan sumbangan RM32 bilion daripada Petronas kepada hasil kerajaan, bersamaan kira-kira 8.4 peratus daripada unjuran hasil persekutuan RM380.8 bilion tahun depan.Jumlah itu lebih tinggi berbanding RM20 bilion yang pada asalnya diperuntukkan dalam Belanjawan 2026, walaupun anggaran disemak bagi tahun ini kemudian dinaikkan kepada RM27 bilion.Pada separuh pertama 2026, Petronas mengisytiharkan dividen RM20 bilion kepada pemegang sahamnya.Petronas mencatatkan hasil RM152.4 bilion dan keuntungan selepas cukai RM27.2 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun lalu.Namun, aliran tunai daripada operasi susut sedikit kepada RM47.5 bilion, manakala pelaburan modal meningkat lebih dua kali ganda kepada RM41.4 bilion.Pelaburan it