PETALING JAYA – “Jangan disebabkan anda seorang, aku dan rakan-rakan lain bermasam muka.”

Demikian amaran pelakon, Sharnaaz Ahmad yang tidak mahu kenyataan seorang pelakon Indonesia dikenali sebagai Boy Hamzah mencetuskan permusuhan sehingga meretakkan persahabatan antara penggiat seni Malaysia dan negara jiran itu.

Aktor itu meluahkan kekesalan susulan pertelagahan sambil menggesa netizen Malaysia dan Indonesia menghentikan tindakan yang disifatkan tidak membawa sebarang manfaat.

Katanya, dia pada awal memilih enggan mengulas kontroversi berkenaan, namun situasi yang semakin melampau mendorongnya tampil menyuarakan pendirian.