SEBAIK sahaja filem Khadam memasuki Netflix, tepat sehari selepas ‘Top 5’ Festival Filem Malaysia ke-35 diumumkan, ia menjadi naskhah yang menduduki kelompok tiga terbanyak paling mendapat tontonan.
Malah di media sosial, semakin ramai berhujah serta memuji betapa baguskan kualiti filem arahan pengarah, Shamyl Othman itu. Bagaimanapun, ketika Khadam ditayangkan dipanggung pada Jun lalu, filem tersebut hanya mengutip RM5 juta sahaja, gagal mengikuti jejak Polong membolosi box office RM10 juta, filem genre seram juga yang ditayangkan selang beberapa minggu sahaja.
Hasil pemerhatian Utusan Malaysia, filem tempatan mempunyai corak yang boleh dibaca iaitu pasti akan memasuki platform penstriman Netflix dalam tempoh empat bulan selepas tayangan pertamanya di panggung.










