ABUJA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran semalam bahawa Benua Afrika berdepan wabak Ebola yang ‘rumit’ selepas virus itu merentasi dari timur Afrika ke Nigeria, menandakan kes pertama di barat benua itu.
Nigeria pada Selasa lalu mengumumkan kes import varian Bundibugyo yang menjadi punca wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC).
Ia dikesan pada isteri seorang diplomat yang melakukan perjalanan dari Uganda ke ibu negara Nigeria, Abuja.
Menteri Kesihatan Nigeria, Muhammad Ali Pate berkata, kontak wanita itu telah dikesan sejak ketibaannya di Nigeria awal bulan ini dengan sejumlah individu ‘berisiko tinggi’ telah dikuarantin sepenuhnya di sebuah kemudahan kesihatan









