norhayati_nordin@hmetro.com.my

SEJAK kebelakangan ini, isu membabitkan buli menjadi topik hangat dan menarik perhatian ramai.

Malah, ada mendakwa tindakan tidak bermoral itu berpunca daripada pengaruh filem dan drama ditayangkan.

Dikatakan ia ada kaitan kepada unsur aksi dan keganasan dipaparkan dalam filem serta drama ditonton golongan muda termasuk pelajar sekolah hingga mendorong berlakun gejala buli terbabit.

Bagi pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad, 33, yang turut aktif di media sosial dan lantang bersuara, isu buli sebenarnya sudah lama berlaku dalam masyarakat dan tidak hanya di sekolah sahaja.