nurul_husna@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Situasi kualiti udara di seluruh negara kekal terkawal apabila hanya empat stesen pemantauan masing-masing dua di Johor dan Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat setakat jam 4.30 petang ini.
Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), dua kawasan di Johor yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat ialah Pasir Gudang pada bacaan 156 dan Larkin (152).
Sementara itu, dua stesen di Sarawak yang turut terjejas membabitkan kawasan IPD Serian dengan IPU 151, diikuti Sri Aman pada bacaan 139.
Secara keseluruhannya, majoriti kawasan di Malaysia masih mencatatkan kualiti udara pada tahap memuaskan.









/file/attachments/orphans/968a9ecda9e5dbc8b64c552848fe5d59_306243.jpg)