London: Michael Carrick menegaskan beliau akan melakukan "apa yang terbaik untuk Manchester United" ketika ditanya sama ada Bruno Fernandes akan digugurkan bagi perlawanan menentang Bournemouth esok malam.

United mengalami kekalahan memalukan 1-4 kepada Como dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), Rabu lalu, apabila mereka gagal menandingi kehebatan kelab Itali itu yang beraksi buat kali pertama dalam pertandingan berkenaan musim ini.

Selepas perlawanan, Fernandes mengkritik pendekatan taktikal Carrick, khususnya keputusan untuk tidak melaksanakan tekanan secara bersemuka terhadap pemain lawan.

Ketika ditanya sama ada Carrick melakukan kesilapan taktikal, Fernandes berkata: "Itu tanggungjawab pengurus dan barisan kejurulatihan untuk menilainya, bukan saya."