mohamadridzuan@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: "Bukan ditarik terus, (filem) Orang Perang masih ditayangkan di pawagam untuk beberapa tayangan sebab kita di bawah Skim Wajib Tayang yang menetapkan 14 hari tayangan.

"Cuma pada hari keempat, pihak pawagam akan tengok 'result' selepas jam 12 tengah malam macam mana kutipan hari ini," kata Penerbit filem terbabit, Qhaisharq Abd Mutalip.

Beliau yang menerbitkan filem berkenaan di bawah syarikatnya, 3Line Media Sdn bersama Nanord Studio Production memaklumkan sekiranya kutipan belum sampai 60 peratus, maka slot tayangan mungkin akan dikurangkan.

"Mungkin daripada beberapa pawagam akan dikurangkan slot tayangan daripada empat jadi dua, contohnya. Mereka tidaklah tarik keluar (filem ini kerana) dalam tempoh Syarat Wajib Tayang itu.