BAGAN DATUK – Malaysia terus menghulurkan bantuan kepada Indonesia bagi mengatasi isu jerebu merentas sempadan yang melanda ketika ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata komitmen tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas, bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diselaraskan demi kesejahteraan bersama.

Ahmad Zahid berkata kerajaan republik itu telah mengerahkan lebih 16,000 anggota bersama pelbagai aset pesawat dan helikopter pemadam api, namun operasi udara berdepan cabaran susulan jarak penglihatan yang terhad selain ketiadaan kelompok awan bagi me